fbpx

Bangkai pesawat terhempas di Sungkai masih di lokasi nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera di Felda Gunung Besout 2 Tambahan di Sungkai, Tanjung Malim semalam. - Foto IHSAN JBPM

TANJUNG MALIM – Bangkai pesawat ringan jenis Cessna 172N Skyhawk yang terhempas di ladang dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Besout, Sungkai semalam masih belum dibawa keluar dari lokasi nahas.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, usaha membawa keluar pesawat dengan nombor pendaftaran 9M-ADA itu dijangka mengambil sedikit masa ekoran lokasi kejadian yang berada di kawasan hutan.

“Setakat ini, siasatan nahas udara itu masih dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab. Difahamkan, pegawai penyiasat Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat pengendali pesawat itu akan masuk ke lokasi nahas esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai punca yang menyebabkan pesawat milik Akademi Penerbangan Layang-Layang itu terhempas, Mohd. Hasni berkata, faktor cuaca mungkin antara penyebab nahas tersebut.

“Maklumat awal yang diperoleh daripada juruterbang disebabkan oleh faktor cuaca yang berkabus. Apapun, maklumat tepat berkaitan kejadian ini hanya diketahui selepas Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) selesai menjalankan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, dua mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan telah dipindahkan dari Hospital Slim River ke hospital swasta di Kuala Lumpur dan Ipoh atas permintaan keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI