fbpx

F1: Pelumba ke-12 mampu raih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CADANGAN pemberian mata melibatkan 12 pelumba dalam setiap perlumbaan F1 menerima pelbagai reaksi. - AFP

LONDON – Sistem pungutan mata dalam saingan Formula Satu (F1) bakal berlaku per­ubahan ketika pemberian mata ­semasa hanyalah melibatkan 10 pelumba pada kelompok teratas sahaja.

Justeru, terdapat cadangan untuk mengubah sistem ber­kenaan apabila pelumba yang be­rada di kedudukan ke-12 juga akan diberikan mata kejuaraan.

Jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengesahkan perkara tersebut akan dibincangkan bersama peraturan lain pada mesyuarat F1 secara maya bersama FIA dan turut disertai pemegang hak ­komersial F1 tidak lama lagi.

Bagaimanapun, syarat untuk mengubah peraturan itu perlu mendapat persetujuan daripada enam daripada 10 pasukan dalam undian yang akan dibuat dalam mesyuarat tersebut selain menerima pelbagai reaksi daripada semua ketua pasukan.

“Pada asasnya kita perlu tahu mengenai perubahan yang dilakukan. Saya tidak memberikan persetujuan penuh, kecuali per­ubahan itu melibatkan wang yang mampu dimenangi oleh pelumba yang mendapatkan mata,” kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.

Prinsipal pasukan RB, Laurent Mekies mengakui situasi semasa sukar untuk dijelaskan terutama kepada pihak penaja.

“Jika anda melihat tahap kompetitif lima pasukan teratas dan kemampuan jentera, secara ­teorinya anda berlumba tanpa keberangkalian untuk mendapatkan mata dan itu bukan perkara baik,” jelasnya.

Sementara itu, ketua pasukan Haas, Ayao Komatsu menyambut baik cadangan untuk mengkaji semula proses pemberian mata apabila tiga pasukan ketika ini masih gagal meraih sebarang mata musim ini dan ia tidak bagus untuk sukan berkenaan.

Sistem pemarkahan mata te­lah diguna pakai sejak 2010 dan pemberian mata itu kepada 10 teratas dengan tempat pertama akan meraih 25 mata dan diikuti tempat kedua dengan 18 mata dan diikuti 15,12,10,8,6,4,2 hingga 1 mata.

Cadangan baharu dikemukakan bakal menyaksikan perubahan turutan mata kepada 25-18-15-12-10-8-6-5-4-3-2-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`