fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Trak bawa keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA buah trak TLDM membawa keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh, Perak sebentar tadi.

IPOH – Dua buah trak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini sebentar tadi.

Trak berkenaan dilihat memasuki pekarangan Jabatan Forensik HRPB pada pukul 8.45 pagi.

Kenderaan tersebut akan membawa jenazah kesemua mangsa nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut semalam selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

Difahamkan, lapan jenazah mangsa beragama Islam terlebih dahulu akan dibawa ke Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Jalan Tambun untuk solat jenazah sebelum kenderaan membawa mangsa digerakkan ke destinasi masing-masing.

Dua lagi mangsa bukan Islam iaitu Leftenan T. Sivasutan akan dibawa ke kediamannya di Sitiawan bagi pengurusan kematian manakala Laskar Kelas I Joanna Felicia Anak Rohna pula akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak.

Kesemua jenazah mangsa akan dikebumikan mengikut istiadat Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, tinjauan di pekarangan Jabatan Forensik HRPB mendapati ahli keluarga mangsa dan anggota tentera tiba seawal pukul 7 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI