fbpx

Tragedi helikopter TLDM: Tiga mangsa alumni UTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga daripada 10 mangsa nahas dua helikopter TLDM yang berlanggar merupakan alumni UTM.

PETALING JAYA – Tiga daripada 10 mangsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlanggar semalam, merupakan alumni Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

UTM dalam kenyataannya berkata, mereka ialah Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen yang merupakan graduan Sarjana Muda Sains (Nautika).

Selain itu, Allahyarham Komander Mohamad Amir Mohamad pula ialah graduan Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan Pertahanan Maritim).

“Salam takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan kenalan para perajurit kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seramai 10 kru dilaporkan terkorban dalam insiden tersebut yang berlaku ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI