fbpx

Pemilik rumah perlindungan didakwa amang seksual, isteri subahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azim Zaidi (hadapan) didakwa melakukan amang seksual dan Harisun (dua dari depan) bersubahat melakukan perkara sama terhadap kanak-kanak di bawah perlindungan di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Pemilik rumah perlindungan dituduh melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, manakala isterinya didakwa bersubahat melakukan perkara tersebut di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Azim Zaidi Abdul Rahman, 55, dan isterinya, Harisun Abdul Rahman, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Azim Zaidi berhadapan dengan dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 17 tahun tujuh bulan, di bawah perlindungan di sebuah rumah di Arau pada 21 September 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Sementara itu, tertuduh kedua, Harisun dituduh bersubahat dengan Azim Zaidi untuk melakukan kedua-dua kesalahan tersebut pada tarikh dan lokasi sama.

Tertuduh kedua didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaaan, Seksyen Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (d) serta Seksyen 16 AKKSTKK 2017.

Kesemua pertuduhan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Pyara Singh.

Musyiri menetapkan sebutan semula kes pada 13 Jun depan dan kedua-dua tertuduh diarahkan untuk membayar ikat jamin RM10,000 setiap seorang.

Kedua-dua tertuduh juga dikenakan syarat melapor diri ke balai polis berhampiran serta tidak dibenarkan mengganggu serta mendekati mana-mana saksi kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI