fbpx

MB Perlis serah siasatan kes anak lelaki kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri ketika ditemui di Kompleks DUN Perlis, Kangar hari ini.

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menyerahkan sepenuhnya siasatan ke atas anak lelakinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd. Shukri Ramli berkata, beliau akan menjelaskan mengenai perkara itu secara lebih lanjut esok.

“Saya terima berita ini daripada SPRM dan serahkan kepada budi bicara SPRM. Terima kasih. Esok saya jawab dalam dewan, hari ini setakat itu sahaja,” katanya kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung tangkapan ke atas anak lelakinya bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000.

Terdahulu, SPRM menahan reman enam individu selepas disyaki mengemukakan tuntutan bagi kerja baik pulih, penyelenggaraan, perkhidmatan dan pembekalan melibatkan Pejabat Menteri Besar Perlis.

Perintah reman selama dua hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret, Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI