fbpx

Pegawai kanan, pemilik syarikat ditahan SPRM kes rasuah RM3.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai kanan syarikat pembekalan air beserta seorang pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penerimaan rasuah berjumlah RM3.3 juta.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada pukul 4 petang semalam.

“Penahanan tersebut dibuat berikutan siasatan atas beberapa aduan diterima pada tahun 2023, di mana suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air tersebut.

“Suspek juga terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit ketika dihubungi pemberita.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pukul 8.30 pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI