fbpx

25 rumah kongsi buruh binaan Pulau Perhentian musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah kongsi di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu hari ini.

BESUT – Sebanyak 25 rumah kongsi yang didiami buruh binaan sebuah projek pembinaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian di sini hari ini.

Lebih 81 pekerja warga asing terbabit tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran pada pukul 9.09 pagi tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki bot laju.

“Operasi pemadaman agak mencabar kerana jarak Pulau Perhentian dari daratan sejauh kira-kira 30 kilometer.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebahagian besar daripada 35 rumah kongsi yang terdapat kawasan itu sudah marak terbakar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Muhammad Basri berkata, operasi pemadaman kebakaran di rumah kongsi tersebut mengambil masa kira-kira 30 minit untuk dikawal.

Tambah beliau, lapan daripada 35 rumah kongsi yang terdapat di kawasan tersebut berjaya diselamatkan daripada turut sama terbakar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI