fbpx

Kertas siasatan kes bakar kucing di Kajang dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV menunjukkan sekumpulan lelaki bertindak membakar seekor anak kucing hidup-hidup. FOTO - Instagram Persatuan Haiwan Malaysia

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor telah membuka kertas siasatan berhubung kes kucing dibakar di Flat Sungai Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor pada 22 April lepas.

DVS dalam kenyataan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya tadi.

Terdahulu, polis sedang mengesan tiga lelaki yang membakar seekor anak kucing hidup-hidup di tempat letak flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita warga emas tempatan berusia 63 tahun pada pukul 10.31 pagi.

Susulan itu, DVS mengesahkan telah menerima laporan daripada Ibu Pejabat Polis Hulu Langat pada 24 April lepas.

“Pihak jabatan telah mengambil milik kucing tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut di Pusat Tahanan Haiwan DVS Selangor.

“DVS ingin memaklumkan bahawa barang kes (satu ekor kucing), kini berada dalam keadaan baik di bawah pemantauan Pegawai Veterinar DVS Selangor,” ujarnya.

DVS menasihatkan orang awam untuk tidak membuat apa-apa spekulasi atau tindakan yang boleh mengganggu siasatan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI