fbpx

Hampir 300 mayat ditemui dalam kubur besar di Khan Yunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan bersiap sedia untuk mengebumikan jenazah penduduk di dalam sebuah kubur besar di tanah perkuburan Khan Yunis pada 22 November 2023. - AFP

BANDAR GAZA – Sebuah kubur besar mengandungi hampir 300 mayat telah ditemui di pekarangan sebuah hospital di bandar selatan Gaza selepas pengunduran tentera Israel dari kawasan itu awal bulan ini, lapor stesen penyiaran CNN semalam

Pengarah Pertahanan Awam bandar Khan Yunis, Kolonel Yamen Abu Suleiman berkata, 73 mayat ditemui di halaman Kompleks Perubatan Al-Nasser semalam. Ia menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dijumpai sebanyak 283.

Tambah Yamen, beberapa mayat ditemui dengan keadaan tangan dan kaki terikat, malah terdapat kesan penderaan di badan.

Namun, masih tidak dapat disahkan sama ada mayat ditanam hidup-hidup atau dibunuh sebelum ditimbus ketika kebanyakan mayat sudah mereput.

Sementara itu, jurucakap Pertahanan Awam Khan Yunis dan ketua misi pencarian, Raed Saqr memberitahu, mereka masih mencari 400 mayat lagi yang hilang selepas tentera Israel berundur pada 7 April lalu.

“Kami mempunyai maklumat bahawa terdapat 400 orang hilang dan kami akan terus mencari mayat yang lain,” katanya.

Seorang wakil CNN yang melawat tempat kejadian berkata, orang ramai mengebumikan mayat ahli keluarga mereka yang terbunuh di sekitar hospital itu pada Januari lalu sebagai langkah sementara sebelum merancang untuk kembali selepas pengunduran askar Rejim Zionis.

Seorang penduduk yang berada di tempat kejadian berkata, dia masih belum menemui jenazah anak lelakinya berusia 21 tahun yang dibunuh pada Januari lalu.

“Saya belum temui jenazahnya lagi sedangkan kami telah mengebumikannya di sana. Kami ingin mengebumikannya di dalam kubur yang sempurna,” jelasnya.

Rata-rata ahli keluarga yang mengebumikan ahli keluarga mereka di kawasan itu memberitahu bahawa jenazah-jenazah tersebut tidak ditemui selepas kubur sementara digali semula. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI