fbpx

Pengarah syarikat palsukan dokumen, didenda RM45,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal Mahdi (dua dari kiri) dan Abdul Hadi (tiga dari kiri) berbincang mengenai dokumen kes melibatkan OKS selepas prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang pengarah syarikat didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berhubung peletakan jawatan pengarah syarikat dan pemindahan saham, lima tahun lalu.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Orang Kena Saman (OKS), Mohd. Lukmanulhakim Ab. Hamid, 38, selepas disabitkan atas dua pertuduhan tersebut pada perbicaraan akhir kes tersebut hari ini.

Mohd. Zul Zakiqudin menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 bagi pertuduhan pertama dan RM15,000 untuk pertuduhan kedua.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya OKS gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Lukmanulhakim telah membenarkan Setiausaha Syarikat HD Jaya Trading Sdn. Bhd., Zurina @ Mohd. Rozilan Mohammad Radin membuat satu penyataan palsu yang dikehendaki diserahsimpan di bawah Seksyen 58 Akta Syarikat 2016 (Akta 777).

Pernyataan tersebut adalah berhubung dengan peletakan jawatan Noorfaradila Ab. Kadir, 39, sebagai Pengarah Syarikat HD Jaya Trading Sdn. Bhd. adalah palsu. Perbuatan itu dilakukan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 18 September 2019.

Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa membenarkan individu sama membuat satu penyataan palsu iaitu satu dokumen yang dikehendaki diserahsimpan di bawah Seksyen 51 Akta Syarikat 2016 (Akta 777) di lokasi sama pada 13 Oktober 2019.

Pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan pemindahan saham sebanyak 80,000 unit di dalam syarikat HD Jaya Trading Sdn. Bhd milik Noorfaradila kepada Nurfatihah Ab. Hamid, 40, adalah palsu.

Tertuduh membayar denda yang ditetapkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI