fbpx

Guna ruang sebaik mungkin – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru perwakilan sayap parti UMNO untuk mengambil ruang dan peluang melalui persidangan parti itu untuk berbincang mengenai sebarang isu dengan penuh rasional dan berhikmah.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai kekuatan dan rangkaian sehingga ke peringkat akar umbi.
Persidangan di peringkat cawangan adalah bukti UMNO mempunyai struktur yang mantap melebar sehingga ke 191 Bahagian dari Perlis hinggalah ke Sabah.

“Besarlah harapan saya agar persidangan kali ini dijadikan wadah untuk menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan,” katanya dalam hantaran melalui Facebook hari ini.

Ahmad Zahid juga berharap agar para pemimpin UMNO menyantuni ahli-ahli parti dan mendekati para pengundi agar mereka yakin  agenda UMNO hanyalah untuk memastikan kestabilan politik negara dan menjamin kebajikan serta kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Cawangan-cawangan UMNO akan mula bersidang hari ini sehingga 2 Jun ini.

Tambahnya, cawangan yang aktif adalah nadi untuk meneruskan denyutan perjuangan UMNO di bahagian dan di peringkat kebangsaan, maka persidangan ini merupakan platform terbaik untuk merangka strategi dan rancangan bagi memperkuat parti.

“Persidangan di peringkat cawangan adalah bukti UMNO mempunyai struktur yang mantap melebar sehingga ke 191 Bahagian dari Perlis hinggalah ke Sabah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI