fbpx

Banjir kilat: Laluan sesak menghala ke Jalan Istana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat di Jalan Damansara menghala ke Jalan Istana ekoran hujan lebat.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat di beberapa lokasi sekitar ibu negara, hari ini.

Menurut Astro Radio Traffic, ia melibatkan beberapa laluan di Subang, Petaling Jaya, Gombak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Damansara berikutan air bertakung di dua lorong kiri menghala ke Jalan Istana menyebabkan kesesakan dari Terowong Duta.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dijangka melanda 10 negeri sehingga pukul 7 malam ini.

Ia melibatkan Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Melaka serta Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI