fbpx

Jangan buang, bakar beras rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Elak melakukan pembaziran dengan membuang beras yang telah rosak dan tidak dapat dimakan lagi kerana ia boleh digunakan sebagai bahan menyuburkan tanaman.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, beras yang telah rosak boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti bahan kompos dan kegunaan pertanian.

“Beras rosak juga sesuai diberi makan kepada haiwan ternakan seperti ayam dan itik.

“Selain itu, boleh dimanfaatkan sebagai bahan kraf dan hasilan bahan seni,” jelas PHM.

Dalam pada itu, PHM berkata, beras putih kering boleh bertahan dua tahun jika disimpan pada suhu bilik, manakala beras perang hanya sesuai digunakan kira-kira enam bulan.

“Jika anda melihat sebarang perubahan dalam bau, rasa atau tekstur, atau tanda-tanda pertumbuhan kulat atau pepijat elakkan memasak dan makan beras tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI