fbpx

Pemaju digesa serah balik projek pembangunan Kampung Sungai Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari beramah mesra dengan tetamu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Perladangan dan Komoditi di Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Pemaju projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini diminta menyerahkan kembali projek tersebut kepada kerajaan untuk dibangunkan oleh pihak lain kerana sudah tertangguh sejak enam tahun lalu.

Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pembangunan di Kampung Sungai Baru boleh dilakukan oleh syarikat lain yang lebih berwibawa serta berkemampuan atau oleh agensi kerajaan berkaitan.

“Pemaju sudah pindahkan hampir 200 penduduk di sini dan sehingga hari ini, sudah enam tahun pindah tetapi tidak dapat balik unit (kediaman) mereka.

“Jadi saya nak pemaju yang sudah tak boleh buat kerana tiada kewangan, (sedangkan) kerajaan sudah beri sokongan, kalau tidak boleh teruskan termasuk bawa balik orang yang telah dipindahkan, maka saya cadangkan “surrender” tanah ini kepada syarikat-syarikat atau agensi kerajaan yang lebih berwibawa untuk siapkan.

“Hari ini kita tengok di Kampung Sungai Baru bangunan kosong dah jadi mcam ‘pusat’ orang hisap dadah. Tikus pun banyak,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Perladangan dan Komoditi di Kampung Baru di sini hari ini.

Jelas Johari, perbincangan dengan pihak pemaju telah dilakukan banyak kali, namun beliau percaya pemaju berkenaan tidak berkemampuan kerana memberi pelbagai alasan.

“Saya akan pastikan projek ini mesti dimulakan. Saya dah bincang dengan pemaju banyak kali, tetapi saya rasa dia tiada duit. Kalau ada duit tidak tunggu lama dan beri macam-macam alasan,” katanya.

Terdahulu, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, beliau mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Kampung Baru kerana kawasan tersebut simbolik tanah pegangan bumiputera terbesar di Kuala Lumpur hampir 93 hektar.

Katanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 20,000 tetamu yang dianggarkan menghadiri Majlis Rumah Terbuka tersebut.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pembangunan di Kampung Baru perlu dilakukan secara berperingkat kerana terdapat pelbagai kekangan perlu ditangani kerana setiap tanah mempunyai ramai hak milik ternasuk sehingga 140 nama.

“Terdapat “multiple ownership”, ada sampai 140, 80, 50. Jadi proses pembangunan ini agak kompleks, tetapi kita akan buat ikut acuan kita sendiri supaya tanah ini kekal ditangan orang Melayu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI