fbpx

Kecoh gas sulfur masuk udara Semenanjung, IPU masih sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK melihat Gunung Ruang dari Pulau Tagulandang di Sulawesi Utara baru-baru ini. – AFP

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial selepas dakwaan bahawa debu gas sulfur dioksida daripada letusan Gunung Berapi Ruang, Sulawesi Utara sudah memasuki ruang udara Malaysia sehingga menimbulkan panik kepada orang ramai.

Menerusi data daripada European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) yang boleh diakses melalui aplikasi windy.com, gas sulfur dioksida hasil dari letupan gunung tersebut telah merebak pada jarak lebih daripada 1,000 kilometer memasuki ruang udara Malaysia.

Dalam pada itu, menurut data daripada ECMWF, bacaan gas sulfur dioksida direkodkan melebihi 100 miligram (mg/mg2) yang bermaksud peratus kepekatan kandungan gas yang tinggi dikesan di ruang udara Sabah dan Semenanjung terutamanya di bahagian Pantai Timur.

Walau bagaimanapun, kesahihan dakwaan berita tersebut masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang amaran lanjut yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Selain itu, bacaan indeks pencemaran udara (IPU) Malaysia juga tidak menunjukkan sebarang tanda pencemaran dengan bacaan purata IPU baik diantara 35 hingga 87, seperti mana yang didakwa, namun orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan memakai topeng muka dan kekal terhidrat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI