fbpx

Bank perlu cari kaedah baharu tangani masalah pelanggan anggap ‘scammer’ telefon – Pengarah JSJK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kes penipuan yang meningkat secara tidak langsung menyebabkan syarikat perbankan di negara ini mengalami kesukaran menghubungi pelanggan ekoran bimbang menjadi mangsa ‘scammer’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Mohamed Yoosuf berkata, adalah tugas pihaknya menasihatkan masyarakat agar berhati-hati ketika menerima panggilan dari pihak tidak dikenali bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Situasi ini berlaku disebabkan modus operandi yang kerap berlaku dalam kes-kes penipuan dalam talian yang kerap menggunakan kaedah panggilan telefon untuk menghubungi mangsa.

“Situasi ini telah menimbulkan stigma dalam kalangan masyarakat bahawa apa juga panggilan daripada nombor tidak dikenali adalah ‘scammer’.

“Malahan pihak saya (JSJK) juga berulang kali mengingatkan masyarakat untuk tidak melayan panggilan daripada nombor tidak dikenali,” katanya dalam sidang media di menara KPJ, di sini, hari ini.

Ramli berkata, perkara ini sedikit sebanyak turut mengakibatkan kesukaran kepada institusi perbankan untuk berhubung dengan pelanggan mereka bagi sebarang urusan berkaitan.

Jelasnya, pihak bank perlu membuat panggilan kepada pelanggan yang mana terlebih dahulu memaklumkan tujuan panggilan tersebut secara jelas.

“Setelah itu barulah disusuli dengan soalan-soalan pengesahan dan adalah dikhuatiri sekiranya pelanggan didesak dengan soalan-soalan pengesahan diperingkat awal panggilan ianya akan mengakibatkan pelanggan memutuskan panggilan yang sekaligus merugikan pihak bank atau pelanggan itu sendiri,” katanya.

Jelas Ramli, berhubung industri ‘telemarketing’ yang dimaklumkan terkesan ekoran saranan polis menasihati masyarakat tidak menjawab panggilan nombor tidak dikenali, beliau mencadangkan agar pihak terbabit mengubah teknik promosi berbanding sebelumnya.

“Saya sarankan industri ini mengubah cara promosi mereka dan bukannya mengubah ‘consumer behaviour’. Penjual perlu berubah dan bukannya pembeli atau pengguna,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI