fbpx

30kg Methamphetamine bernilai hampir RM1 juta dijumpai bawah pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roselan (kanan) pada sidang akhbar rampasan dadah Methamphetamine di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan cubaan menyeludup 30 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine bernilai RM966,976 yang diletakkan di bawah pokok di kawasan perumahan di Bukit Gambir, Gelugor di sini, dua minggu lalu.

Rampasan dadah yang ditemui di dalam dua beg bercorak itu dilakukan sepasukan pegawai dari Unit Narkotik Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang menerusi pemantauan hampir lapan jam, bermula pukul 9.30 malam.

Pengarahnya, Roselan Ramli berkata, operasi tersebut dijalankan menerusi aduan orang awam berhubung sindiket penyeludupan yang dijalankan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, hasil pemantauan awal tidak menemui sebarang pergerakan suspek di kawasan tersebut namun telah menjumpai dua beg di bawah pokok di kawasan perumahan berkenaan.

“Pemeriksaan awal mengesyaki kedua-dua beg itu mengandungi dadah. Pasukan telah membawa pulang beg tersebut ke pejabat Unit Narkotik Pulau Pinang untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan rapi telah menemui sebanyak 30 plastik kecil yang dibalut dengan bungkusan teh hijau ‘Guanyinhwang’ berisi hablur kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal, hari ini.

Beliau memberitahu, dadah yang dirampas itu mampu dibekalkan kepada kira-kira 150,000 penagih.

“Sindiket terlibat masih dalam siasatan termasuk bekalan yang diperoleh mereka. Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI