fbpx

Pemandu ketawa lihat ‘pocong’ naik lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua entiti tersebut duduk di belakang lori dengan santai. – TikTok

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan rakaman dua entiti menyerupai pocong duduk di belakang lori yang sedang bergerak, lapor laman berita Otosia semalam.

Berdasarkan video tersebut, perakam dikatakan memandu di jalan Bukittinggi-Padang, Sumatera pada waktu malam.

Dia kemudian melihat dua entiti menyerupai pocong duduk di belakang lori yang dipandu di hadapan keretanya.

Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah dua entiti itu kelihatan seperti manusia yang sedang berbual dengan salah satu daripadanya bertubuh sedikit gempal.

Kain putih yang dipakai dua lembaga itu juga dilihat bergoyang ketika ditiup angin.

“Pocong naik lori. Lucu sangat,” kata perakam video tersebut sambil ketawa.

Tidak dapat dijelaskan sama ada ia adalah pocong sebenar atau dua manusia yang memakai kostum pocong.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Baru bebas selepas Hari Raya Aidilfitri,” kata seorang netizen.

“Pocong juga mudik (pulang berhari raya),” kata pengguna media sosial yang lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI