fbpx

Nabila Razali dapat gelaran ‘Mek Nab’ dari orang Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila mendapat gelaran 'Mek Nab' daripada penduduk Kelantan.

PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali bersyukur kehadirannya di kampung belah suami di Kelantan diterima baik sehingga saudara-mara serta penduduk tempatan memberi gelaran ‘Mek Nab’ kepadanya.

Katanya, penerimaan serta kemesraan orang kampung secara tidak langsung memadamkan kerisauan meraikan Syawal buat pertama kali berjauhan daripada keluarga.

“Bila sampai sahaja di sana (Kelantan) terus dapat panggilan ‘Mek Nab’. Orang-orang di Kelantan peramah dan sambutan raya juga sangat meriah.

“Pada mulanya, saya berdebar juga masuk ke tempat orang, selalunya pergi Kelantan untuk bercuti dan ‘food hunting’ tetapi kali ini beraya dan berjumpa saudara jauh sebelah suami.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerisauan saya sebelum ini sudah berkurangan. Bukan apa, ini pertama kali beraya berjauhan dari keluarga,” katanya menerusi perkongsian TikTok.

Dalam masa sama, pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali, 31, memaklumkan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani banyak membantu memudahkan urusan sepanjang berada di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

“Suami saya menasihati untuk jadi diri sendiri. Apabila masuk ke tempat orang, kita sendiri kena pandai bawa diri.

“Dia (suami) juga banyak ajar tentang apa yang boleh buat dan tidak boleh lakukan di Kelantan. Alhamdulillah, orang-orang di sana sangat baik.

“Saya juga bersyukur sambutan raya pada tahun ini semuanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.

Minggu lalu, pelantun lagu Pematah Hati itu dipuji tidak kekok walaupun pertama kali beraya dan melayan tetamu di Bachok, Kelantan.

Sebelum ini, Nabila meluahkan rasa berdebar tatkala berkongsi perasaan mahu pulang berhari raya di kampung halaman suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani.

Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, mendirikan rumah tangga pada 18 November tahun lalu.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI