fbpx

Kucing berpaut pintu kereta ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing berwarna hitam dan putih berpaut pada pintu kereta yang separa tenggelam sambil kepalanya menoleh ke sekeliling. – X

DUBAI – Sebuah video tular di media sosial memaparkan seekor kucing berpaut pada pemegang pintu sebuah kereta yang ditenggelami banjir di Dubai sebelum ia diselamatkan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan video dimuat naik di platform X, kucing berwarna hitam dan putih itu berpaut pada pintu kereta yang separa tenggelam sambil kepalanya menoleh ke sekeliling.

Seorang anggota polis yang menaiki bot penyelamat menghampirinya sebelum cuba menyelamatkan haiwan itu.

Kucing itu pada awalnya enggan melepaskan cengkamannya pada pemegang pintu dan meronta-ronta ketika ia dipegang oleh polis berkenaan.

Namun, ia kemudian kembali bertenang selepas diletakkan di atas bot sambil mengiau beberapa kali.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Saya tidak dapat membayangkan sudah berapa lama kucing itu berpaut pada pintu kereta dalam keadaan banjir besar,” kata seorang netizen.

“Saya sangat suka melihat bagaimana kucing itu akhirnya menyedari bahawa lelaki tersebut cuba membantunya,” kata pengguna laman sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI