fbpx

Kakitangan Jabatan Perikanan Perlis direman kes rasuah bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Jabatan Perikanan Perlis direman kes rasuah di Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang kakitangan Jabatan Perikanan Perlis direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM800 secara bulanan daripada sebuah syarikat pada 2022.

Perintah reman terhadap suspek berusia 44 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.

Terdahulu, individu berjawatan Pembantu Laut gred A19 itu ditahan di Pejabat SPRM Perlis pada pukul 2.45 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM800 secara bulanan daripada sebuah syarikat menerusi akaun orang tengah.

“Wang itu dianggap sebagai dorongan kepada pihak Jabatan Perikanan agar tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan dilakukan bot-bot penangkapan ikan milik syarikat berkenaan.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah RM800 secara bulanan membabitkan enam transaksi melalui pindahan akaun orang tengah,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Abd. Gani mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI