fbpx

Saya bukan raja formula tapi saya ada prinsip – Muhamad Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal.

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau kekal dengan prinsipnya bagi mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu.

“Saya tiada formula untuk diberikan kerana saya bukan raja formula, tetapi saya ada prinsip yang perlu dipertahankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akmal berkata demikian sebagai repons berhubung pandangan penganalisis politik mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.

Pensyarah Sains Politik di Universiti Sains Malaysia, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dilaporkan berkata, Kerajaan Perpaduan harus memikirkan formula untuk memanfaatkan Akmal bagi menarik semula sokongan pengundi Melayu.

Menurut Akmal, semua pihak perlu memahami isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R) dan jangan sesekali menyentuh perkara tersebut.

Katanya, selama ini, orang Melayu tidak pernah bersifat rasis tetapi hanya mempertahankan hak mereka tanpa mengambil hak kaum-kaum lain.

“Kami boleh berkawan dan memahami dengan sesiapa sahaja tetapi sekali disentuh tiga perkara utama ini, orang melayu tidak akan berdiam diri.

“Walaupun menggunakan sesiapa sahaja waima (Akmal) sekalipun tidak mampu untuk menarik undi orang melayu jika ia berlaku,” ujarnya.

Sebelum ini, Akmal dilihat lantang bersuara selain menjalankan kempen boikot berhubung isu stoking tertera Kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

Pada 5 April lalu, Akmal ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima dua laporan berkaitan ucapan dan tindakan beliau berhubung isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI