fbpx

Joseph Kurup meninggal dunia di usia 80 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Joseph Kurup meinggal dunia di IJN hari ini.

PETALING JAYA – Pengasas Parti Bersatu Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia, hari ini.

Difahamkan beliau yang berusia 80 tahun itu, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Kehilangan beliau telah dikongsikan anaknya yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, di Facebook miliknya, sebentar tadi.

“Thank you Dad. You are the best. I love you with all my heart (Terima kasih Ayah. Awak adalah terbaik. Saya sayang awak sepenuh hati),” tulisnya ringkas.

Joseph pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2013-2018.

Selain itu, mendiang juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Pembangunan Sumber dan Usahawan, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat serta Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pada Januari tahun lalu, mendiang mengumumkan telah bersara dalam politik dan melepaskan jawatan sebagai Presiden PBRS. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI