fbpx

Banjir kilat di Afghanistan, 66 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Afghanistan menunggu untuk menyeberangi kawasan banjir di daerah Spin Boldak di wilayah Kandahar pada 13 April, selepas berlaku banjir kilat berikutan hujan lebat. - AFP

KABUL – Sekurang-kurangnya 66 orang terkorban dalam hujan lebat dan banjir kilat di Afghanistan yang turut memusnahkan rumah, infrastruktur serta ladang di kebanyakan wilayah negara itu.

Akhbar Arab News melaporkan, ribut bermula minggu lalu menambah lagi cabaran yang dihadapi Afghanistan. Negara itu sedang cuba untuk pulih daripada konflik berpuluh tahun dan bencana alam termasuk kemarau, serta beberapa siri gempa bumi yang mengorbankan nyawa.

“Menurut laporan dari wilayah-wilayah, sekurang-kurang 66 maut, manakala 36 lagi cedera,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan, Janan Sayed kepada Arab News semalam. 

Angka korban dilaporkan meningkat dua kali ganda sejak Ahad lalu dan berkemungkinan lebih tinggi. Sebahagian mangsa maut akibat ditimpa rumah mereka sendiri. 

Tambah Sayed, sebanyak 1,235 rumah musnah akibat bencana itu. 

Kira-kira 23 daripada 34 buah wilayah di Afghanistan dilanda banjir kilat sehingga merosakkan tanaman menjelang musim menuai sekali gus menjejaskan sumber makanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI