fbpx

[VIDEO] Kereta, motosikal di Kolej Vokasional Sungai Buloh tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik Khairul Annuar Jalaluddin di akaun Facebooknya memaparkan kenderaan di Kolej Vokasional Sungai Buloh ditelenggami air akibat hujan lebat petang tadi.

PETALING JAYA – Beberapa buah kenderaan termasuk kereta dan motosikal dilaporkan tenggelam selepas Kolej Vokasional Sungai Buloh dinaiki air petang tadi.

Menerusi video dan gambar dimuat naik Khairul Annuar Jalaluddin, difahamkan ramai yang terkandas akibat kenderaan mereka ditelenggelami air.

Kelihatan, ramai pelajar di kolej tersebut juga menolak motosikal masing-masing yang telah tenggelam ke kawasan yang lebih tinggi untuk menyelamatkan kenderaan mereka.

Selain itu, banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Denai Alam dan Taman Bukit Subang sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Limpahan air yang semakin meningkat telah menyebabkan beberapa laluan utama terhalang.

Terdahulu Kosmo! melaporkan banjir kilat turut berlaku di Jalan Sungai Buloh ke Damansara Damai dan di Kampung Melayu Subang.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri di Semenanjung sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, cuaca buruk di sebelah petang yang tertumpu di kebanyakan negeri Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, dan Johor itu berikutan fenomena penumpuan angin dari pelbagai arah di kawasan perairan Selat Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI