fbpx

Jangan guna duit raya anak tukar sport rim kereta – Fatin Afeefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatin menyelar perangai segelintir golongan ibu bapa yang tidak bersyukur dengan pemberian duit raya pada hari lebaran.

PETALING JAYA – Ramai golongan ibu bapa yang mengeluh anak mereka menerima duit raya yang sedikit, pelakon Fatin Afeefa menempelak perbuatan tersebut.

Bagi Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, ibu bapa perlu mempunyai adab lebih-lebih lagi apabila menerima duit raya yang bukan menjadi kewajipan hari lebaran.

“Untuk ibu bapa yang mengeluh ramai kedekut bagi duit raya seringgit, ada sedikit maruah. Pengemis tidak boleh memilih.

“Tiada rasa benci cuma sakit hati tengok mak bapa yang tiada common sense (logik akal). Siap muat naik anak dapat duit raya seringgit sahaja.

“Tidak malukah? Awaklah sepatutnya bagi duit raya kepada anak awak. Gila,” katanya menerusi hantaran InstaStory.

Dalam masa sama, dia sempat menitipkan nasihat kepada golongan ibu bapa bahawa larangan penggunaan duit raya anak untuk membeli keperluan atau kehendak diri.

“Beli barang keperluan seperti lampin, susu, barang sekolah. Tukar sport rim, servis kereta, isi minyak atau apa-apalah haram gunakan duit raya anak,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, tular dalam aplikasi TikTok mengenai beberapa keluarga berkongsi detik kegembiraan semasa sesi penyerahan duit raya.

Namun, ada juga individu yang bersikap biadab apabila mempersoalkan jumlah wang diberikan tuan rumah.

Perkara tersebut juga menjadi perhatian beberapa rakan selebriti lain seperti Uyaina Arshad dan Diana Danielle. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI