fbpx
Amalan kunjung-mengunjung pada musim perayaan perlu diteruskan demi menjaga silaturahim antara masyarakat.

Luahan Pembaca: Jangan sibuk berziarah sampai lupa jiran sebelah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

CUTI panjang persekolahan dan hari raya sudah berakhir dan orang ramai terutamanya ibu bapa akan memulakan kehidupan harian mereka seperti biasa.

Selepas seminggu bercuti di kampung, ibu bapa akan kembali menguruskan persekolahan anak-anak. Bagi yang bekerja, kesibukannya akan lebih terasa.

Namun, dalam kesibukan itu, kita jangan sesekali melupakan tanggungjawab sebagai seorang jiran, baik yang tinggal di kawasan perumahan teres mahupun mereka yang berjiran dalam komuniti rumah pangsa atau flat.

Kita biasanya sanggup meredah kesesakan demi berziarah ke rumah kawan-kawan atau sanak-saudara, tetapi terlupa untuk menyantuni jiran tetangga yang hanya dipisahkan oleh pagar dan dinding rumah.

Amalan kunjung-mengunjung ini sepatutnya kita mulakan dari peringkat kejiranan agar suasana keharmonian dapat dicapai.

Mungkin, kita juga boleh mengadakan jamuan rumah terbuka dengan menjemput jiran-jiran daripada pelbagai kaum untuk datang beraya di rumah kita.

Lagipun, perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri hanya diraikan sekali dalam setahun dan inilah masanya untuk kita terus menjaga silaturahim antara kita dengan jiran tetangga.

SOLIHIN
Gombak, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN