fbpx

Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL ditunggang Mohamad Nurul Aziera Elias selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 103, Jalan Batu Pahat - Mersing berhampiran Pekan Kahang, Kluang petang semalam.

KLUANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta Proton Wira dalam kejadian di Kilometer 103, Jalan Batu Pahat – Mersing berhampiran Pekan Kahang petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Hussin berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.15 petang itu melibatkan Mohamad Nurul Aziera Elias, 41, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki EX250H dan kereta Proton Wira dipandu Mohd Hanafi Ab Manap dinaiki isteri serta seorang anak.

Katanya, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Mersing menuju ke bandar Kluang manakala kereta Proton Wira dari arah bertentangan.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa di katakana secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertengangan lalu bertembung dengan kereta Proton Wira.

“Akibat pertembungan itu, mangsa telah mengalami kecederaan teruk di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkatan Jalan (APJ) 1987 untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI