fbpx

Kupang Port Dickson masih bertoksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kupang dari perairan Port Dickson khususnya di Kampung Telok dan Sungai Sekawang di Pasir Panjang, di sini, masih dicemari biotoksin dan tidak selamat dimakan.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, hasil berkenaan diperoleh dari keputusan sampel kedua kupang di perairan berkenaan yang masih positif biotoksin melebihi kadar yang dihadkan pengambilan.

Menurut beliau, kadar biotoksin lebih rendah dari dari sampel pertama tetapi masih melebihi had pengambilan selamat untuk manusia iaitu 800 ppb.

“Hari ini, kami ambil sampel sekali lagi untuk ujian kali ketiga. Buat masa ini, kupang dari perairan Port Dickson masih tidak selamat dimakan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut Prosedur Koperasi Standart (SOP) yang ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurangan dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan.

Media sebelum ini melaporkan, lapan individu terpaksa dimasukkan ke hospital dengan dua daripadanya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami keracunan akibat memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar daerah Port Dickson. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI