fbpx

KPT pantau keselamatan pelajar di Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI mengibarkan bendera Iran ketika berkumpul di Teheran semalam. – AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau perkembangan serta keselamatan pelajar di sekitar Asia Barat berikutan pergolakan negara Iran dan Israel ketika ini.

KPT dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang memantau perkara ini secara langsung menerusi pejabat Education Malaysia (EM) di Jordan dan Dubai serta sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan.

Katanya, ini bagi mendapatkan perkembangan terkini dan tindakan lanjut yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar terjamin.

“Pihak berkuasa juga memaklumkan akan penutupan ruang udara di beberapa negara terlibat.

“KPT akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk sebarang tindakan selanjutnya termasuk sekiranya ada keperluan untuk membawa pulang pelajar dari negara berkaitan,” katanya tadi.

KPT juga memaklumkan, mengikut rekod semasa pelajar Malaysia yang berdaftar adalah seramai 1,872 orang di Jordan, Syria (37), Iran (8), manakala tiada pelajar Malaysia di Lebanon dan Iraq pada ketika ini.

Jelas KPT, kepada pelajar dan ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehra di alamat 25, Second Alley, North Zarafshan Street Eyvanak Boulavard, Phase 4, Shahrak e-Qods Islamic Republic of Iran Tehran atau berhubung di talian (+9821) 88072444 atau (+9821) 88078606 atau email ke [email protected] serta [email protected].

Kedutaan Malaysia di Amman pula di alamat No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street Abdoun, P.O. Box 5351, Amman 11183, Jordan atau menghubungi di talian (+962) 6590 2400 atau (+962) 78590 2400 serta email di [email protected] dan [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI