fbpx

‘Jelaskan kelewatan pembinaan kolam selam tempur’ – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing yang masih dalam pembinaan. IHSAN FACEBOOK

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah agar pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing menjelaskan punca kelewatan pembinaan.

Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah, kolam tersebut sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022 namun sehingga kini masih dalam pembinaan.

“Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan.

“Dan pada hari ini, saya mendapati papan tanda projek di tapak pembinaan pula dirobohkan.

“Mengapa ia dirobohkan, saya mahu perkara ini diperjelaskan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Johor dan Jurutera Daerah Mersing,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), hari ini.

Justeru, Seri Paduka Baginda bertitah agar papan tanda berkenaan dipasang semula di tapak projek pembinaan.

Kolam selam tempur merupakan fasiliti yang amat diperlukan oleh anggota 21 GGK bagi meningkatkan kompetensi individu dan kumpulan khususnya dalam menangani ancaman maritim.

Fasiliti tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ‘mock up’ kapal, ‘entry point’ bagi kemasukan melalui udara serta banyak lagi kemudahan-kemudahan asas sokongan operasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI