fbpx

Bayer Leverkusen juara Bundesliga musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengendali Bayer Leverkusen, Xabi Alonso menjulang trofi Bundesliga yang dimenangi awal pagi tadi. - Foto oleh AFP

BERLIN – Impian Bayer Leverkusen untuk menjulang gelaran Bundesliga pertama dalam tempoh 120 tahun penubuhan kelab itu, sekali gus menamatkan dominasi 11 tahun Bayern Munich dalam kancah bola sepak Jerman.

Lebih manis, kejayaan tersebut diraih di hadapan 30,000 penyokong mereka yang menyerbu masuk dan memenuhi setiap ruang padang BayArena sebaik wisel ditiupkan selepas membelasah Werder Bremen 5-0 pada aksi Bundesliga malam tadi.

Kemenangan itu mengesahkan kejuaraan buat skuad bimbingan Xabi Alonso tersebut biarpun saingan musim ini masih berbaki lima perlawanan lagi disebabkan kelebihan 16 mata dimiliki ke atas Bayern di tempat kedua.

Malah, skuad Die Werkself yang belum lagi tewas dalam semua kejohanan, berpeluang menjulang dua lagi kejuaraan sebelum tamat musim ini kerana masih bersaing di peringkat suku akhir Liga Europa selain turut layak ke final Piala DFB.

“Sekarang adalah waktu untuk kami meraikan kejayaan ini bersama keluarga, rakan-rakan dan semua penyokong. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan sekarang, tetapi ia begitu menakjubkan.

“Saya masih ingat ketika kali pertama saya datang ke sini dan sekarang anda lihatlah bagaimana pasukan ini berkembang. Saya amat berbangga dengan semua terutamanya barisan pemain dan kejurulatihan,” kata Alonso.

Lima gol Leverkusen dalam aksi itu diperoleh menerusi ledakan hatrik Florian Wirtz selain masing-masing satu daripada Victor Boniface dan Granit Xhaka.

Kejayaan bersejarah itu menyaksikan Leverkusen kini digelar ‘Winnerkusen’ dan membebaskan diri mereka daripada gelaran ‘Neverkusen’ yang diberikan susulan kegagalan kelab berkenaan menjuarai gelaran liga selama ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI