fbpx
BAYERN mampu mengesahkan kejuaraan Bundesliga lebih awal jika mampu menumbangkan Stuttgart pada aksi malam ini. - AFP

Bundesliga: Bayern menuju ambang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Bayern Munich hanya selangkah lagi untuk melengkapkan minggu sempurna apabila berpotensi mengesahkan kejuaraan Bundesliga lebih awal menjelang aksi menentang Stuttgart, malam ini.

Sebagai rekod, Bayern memiliki kelebihan 12 mata ketika saingan berbaki lima perlawanan sekali gus bakal mengukuhkan lagi dominasi Bayern yang kini berada di landasan untuk meraih kejuaraan ke-13 dalam tempoh 14 tahun.

Di sebalik prestasi cemerlang di atas padang, pengendali Vincent Kompany terus mendapat pujian apabila berjaya membentuk pasukan yang lebih mantap dan konsisten dalam tempoh yang singkat.

Bekas presiden Bayern, Uli Hoeness tidak teragak-agak melontarkan pujian tinggi terhadap pengendali kelahiran Belgium yang dianggap punca utama skuad The Bavaria semakin menyerlah.

“Berbanding ramai jurulatih yang kita miliki sebelum ini, Kompany berjaya menjadikan setiap pemain beraksi dengan lebih baik.

“Saya juga terkejut apabila tidak pernah lihat dia mengeluh tentang kekurangan pemain secara terbuka dalam sidang media sebelum ini,” katanya.

Selain trofi Bundesliga, Kompany yang menyertai Bayern dari Burnley pada 2024 dilihat berjaya membawa nafas baharu berpotensi meraih gelaran trebel apabila turut mara ke saingan separuh akhir Piala Jerman dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN