fbpx

[VIDEO] Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di laman TikTok kongsian @Aiman92.

PETALING JAYA – Tindakan seorang peniaga mengagih-agihkan buah tembikai secara percuma kepada pengguna jalan raya yang sedang menghadapi kesesakan lalu lintas menarik perhatian orang ramai setelah tularnya sebuah video di laman TikTok, semalam.

Menurut hantaran berdurasi satu minit 14 saat yang dikongsi oleh @Aiman92, dia bertindak sedemikian dengan niat untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang ramai.

“Kongsi rezeki ketika jalan tengah sesak. Hati-hati memandu semua, semoga selamat sampai ke destinasi.

“Kalau selepas ini sesak lagi, kita beri pula air timun cina (tembikai),” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna yang berasal dari Pantai Timur menyuarakan kekaguman mereka terhadap kemurahan hati peniaga tersebut.

Malah, ada juga yang turut berasa bangga dengan sikap peniaga itu yang mencerminkan kemesraan serta cara hidup bermasyarakat yang sudah sebati dalam kalangan warga Pantai Timur.

“Terbaik orang Pantai Timur, walaupun dipandang rendah oleh negeri-negeri lain, aku bangga jadi orang Pantai Timur,” kata @rosehasan.

“Inilah apa yang orang kata sedekah jariah. Nampak macam tidak seberapa tetapi amalan inilah yang kita bawa sampai mati,” kata @pendeka.

“Kalau hari-hari sesak pun tak apa macam ini, ada yang bagi makanan percuma. Ini tidak termasuk lagi yang bagi guna tandas percuma,” kata Arien.

“Ini ‘vibe’ yang kita tidak akan dapat di mana-mana. Teruskan abang, buat lagi tahun depan. Semoga dimurahkan rezeki,” kata Irah.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 52,900 tanda suka dan 728,500 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI