fbpx

[VIDEO] Orang Setiu tawar guna tandas, solat buat anak perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik sebuah rumah di Setiu bermurah hati menawarkan ‘tandas percuma’ buat anak perantau yang terkandas.

PETALING JAYA – Ramai yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yang teruk semata-mata mahu pulang ke negeri mencari rezeki masing-masing selepas sakan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketika berita kesesakan menular di media sosial, pemilik sebuah rumah pula mencuri perhatian apabila bermurah hati menawarkan ‘tandas percuma’ buat anak perantau yang terkandas.

Menurut pengguna TikTok @r.nissss, tandas percuma itu disediakan buat mereka yang darurat mahu melepaskan ‘hajat’ ketika jalan sesak.

Bukan itu sahaja, tuan rumah juga turut menawarkan tempat menunaikan solat, cas telefon dan mengizinkan mereka yang mahu memandikan anak.

Difahamkan, lokasi rumah mereka itu adalah di Kampung Saujana Setiu, Terengganu bahkan orang kampung itu juga terkenal dengan sikap murah hati dan suka menghulur bantuan setiap tahun.

“Orang kampung tu setiap lorong bagus-bagus. Mana-mana lalu memang mereka bantu nak solat, nak tandas, makan ringan, minum semua tolong. Lain macam kebaikan orang kampung tu,” tulis @Puan Sala.

Menerusi video tular yang mencecah lebih 1 juta tontonan setakat ini, ramai mendoakan tuan rumah atas kebaikan mereka yang seakan memahami situasi anak perantau.

“Bagusnya tuan rumah. Walaupun buat baik dibalas najis tapi pahala besar sebab mudahkan urusan orang. Harap yang tumpang tu jaga kebersihan tandas tuan rumah,” kata @AisyAsyh.

“Terima kasih, tahun lepas Raya Haji saya terkandas Setiu 5 jam dan lalu depan rumah sis juga. Kebetulan lalu sini tumpang tandas, dengan anak lampinnya penuh, mengandung lagi,” komen @ByNeayarn.

“Ada lagi di simpang yang tolong sediakan air sirap di tepi jalan secara percuma. Semoga Allah permudahkan segala urusan,” ujar @neural ichsan. – KOSMO! ONLINE.

@r.nissss tandas free 2.0 2024🥰 #jemraya #raya2024 #alamakrayalagi ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI