fbpx

Suspek tembak ustazah di KLIA diminta serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika menunjukkan gambar suspek yang diburu oleh pihak polis berhubung kejadian tembak di Balai Ketibaan KLIA 1, awal pagi tadi.

SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 supaya menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah pun melancarkan operasi mengesan suspek.

Suspek yang diburu oleh pihak polis berhubung kejadian tembak di Balai Ketibaan KLIA 1.

Selain itu katanya, Jabatan Sisatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan turut digerakkan.

“Saya amat menyarankan suspek supaya dapat memberi kerjasama dengan menyerah diri secara aman kepada mana-mana balai polis. Dalam konteks ini pihak polis mengenal pasti suspek sebagai bersenjata dan merbahaya.

“Justeru itu, orang awam melihat suspek dapat berkongsi maklumat namun jangan bertindak sendiri,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan tersebut.

Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI