fbpx

Sempadan darat, laut diperketat elak suspek tembak di KLIA lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi di KLIA 1, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

KANGAR – Polis Perlis meningkatkan kawalan sempadan bagi mengelakkan suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, kawalan ketat itu melibatkan koordinasi Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasukan sahabat lain.

“Sebaik sahaja kita terima arahan dari Bukit Aman, polis kontinjen Perlis terus menggerakkan aset-aset berkaitan bagi meningkat kawalan khususnya di sempadan.

“Kita turut meningkatkan kawalan di semua kawasan darat dan laut bagi memastikan suspek tidak bolos ke luar negara,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes tembak di KLIA awal pagi tadi susulan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memaklumkan suspek dipercayai melarikan diri ke arah utara.

Menurut Muhammad, gerakan itu turut melibatkan Pasukan Polis Marin dan pasukan sahabat seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang mengawal garis sempadan laut.

“Elemen sekatan jalan raya turut dikoordinasikan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan-kawasan tertentu di sekitar negeri ini.

“Selain itu elemen risikan daripada pelbagai sumber turut dikerahkan bagi memastikan suspek tidak terlepas keluar dari sempadan negara ini,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan buat masa ini belum ada sebarang perkembangan terkini tangkapan suspek di negeri itu, namun pihaknya terus memantau rapi sebarang maklumat berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI