fbpx

Bayer Leverkusen di ambang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO (tengah) kini mempunyai peluang terbaik untuk memastikan mereka ditabalkan sebagai juara baharu Bundesliga jika menang ke atas Bremen malam ini. – BAYER LEVERKUSEN

BERLIN – Bayer Leverkusen sedang bersiap sedia untuk perlawanan liga terbesar dalam sejarah kelab itu apabila turun menentang Werder Bremen dalam saingan Bundesliga di ­BayArena malam ini.

Kemenangan akan mengesahkan skuad bim­bingan Xabi Alonso itu sebagai juara Bundesliga pertama dalam sejarah Leverkusen, sekali gus me­leburkan penguasaan Ba­yern Munich yang mendominasi Bundesliga selama 11 musim berturut-turut.

Menariknya, Leverkusen berjaya memecahkan beberapa rekod dalam perjalanan untuk memegang kelebihan besar 16 mata di puncak liga dengan saingan musim ini hanya berbaki enam perlawanan lagi untuk tamat.

Setakat ini, Leverkusen masih menjadi satu-satunya pasukan Bundesliga dalam sejarah yang berjaya menjalani 29 perlawanan liga tanpa kalah.

Kaptern Leverkusen, Lukas Hradecky, 35, berkata, pasukannya tidak akan memandang rendah kemampuan Bremen dan bersedia memberikan yang terbaik untuk menoktahkan ­kejuaraan musim ini menjadi ­milik mereka.

“Kami mahu mencipta sesuatu yang lebih istimewa daripada kejuaraan iaitu menyelesaikan musim liga tanpa kalah.

“Jika kami menjadi juara pada Ahad (malam ini), ia tidak akan memberi kesan kepada cara kami bermain dalam liga.

“Menjadi juara akan menjadi luar biasa. Tetapi hanya tinggal lima perlawanan (selepas malam ini) dan kami tidak akan berhenti,” kata Hradecky,

Sebelum ini, Leverkusen digelar ‘Neverkusen’ kerana kegagalan mereka untuk memenangi sebarang trofi sepanjang tiga dekad lalu, namun kini segalanya akan berubah kerana pasukan itu masih bersaing dalam tiga kejohanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI