fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Tamil, Vaisakhi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan rasmi dizahirkan oleh Agong, Permaisuri di Facebook.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Tamil dan Hari Vaisakhi buat semua masyarakat Sikh dan Tamil di negara.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi baginda, Seri Pasuka Baginda berdua bertitah toleransi dan sikap hormat menghormati di antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara.

“Sebagaimana saya menegaskan sebelum ini perpaduan berbilang kaum adalah hadiah yang paling bermakna buat saya.

“Keharmonian dan semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting untuk kestabilan negara.

“Moga tahun ini akan terus membawa kegembiraan kepada mereka yang meraikannya,” tulis baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI