fbpx

[VIDEO] Meriah raya Aidilfitri di ‘KL Dhaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dua individu dipercayai warga asing menari berhampiran pekarangan pintu masuk KLCC.

PETALING JAYA – “Serasa (seperti) beraya di Dhaka.”

Itu antara komen yang dibuat rakyat Malaysia mengenai suasana di sekitar pusat beli-belah Suria KLCC yang dipenuhi warga asing berikutan cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok muhammad_safii94, kelihatan orang ramai termasuk warga asing membanjiri lokasi tersebut, bahkan terdapat dua individu sedang menari di pekarangan pintu masuk KLCC.

Video tersebut mengundang pelbagai komen pengguna media sosial yang menyifatkan suasana di KLCC dan tempat tumpuan lain di ibu negara, tidak ubah sepeti di luar negara.

“Ini bukan Kuala Lumpurlah. Ni Dhaka, Bangladesh,” kata Suu P Preex.

“Semalam naik LRT (tren), penuh dengan diaorang,” kata Mama Dewi.

Dalam masa sama, ada juga yang berpandangan cuti Aidilfitri ini memberi peluang kepada warga asing untuk bersiar-siar dan meluangkan masa bersama rakan-rakan selepas penat bekerja.

“Mereka pun tak kacaulah. Setahun sekali baru mereka datang sini. Apa salahnya,” kata Boru Lombok85.

“Penat-penat kerja, biarlah mereka ‘happy’,” komen Epull. – KOSMO! ONLINE

@muhammad_safii94 Meriah betoy 😅#selamathariraya #viral #fyp ♬ bunyi asal – Muhammad_safii1994 – muhammad_safii94

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI