fbpx

Hujan lebat landa Pahang, Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Pahang dan Johor sehingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang iaitu melibatkan Rompin.

Seterusnya, cuaca sama diramalkan bagi beberapa kawasan di Johor.
“Hujan lebat dijangka berlaku di sekitar Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga pukul 2 petang,” ujarnya.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI