fbpx

UCL: Atletico tidak boleh dabik dada – Griezmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Griezmann menjadi pemain terbaik perlawanan ketika membantu pasukan menewaskan Borussia Dortmund awal pagi tadi.

MADRID – Pasukan Atletico Madrid enggan mendabik dada walaupun melakar kemenangan 2-1 ke atas Borussia Dortmund pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada aksi di Stadium Wanda Metropolitano itu, skuad tuan rumah melakar kemenangan menerusi ledakan Rodrigo de Paul dan Samuel Lino manakala pelawat mendapat gol tunggak hasil penyudah Sebastien Haller.

Penyerang Atletico, Antoine Griezmann mengakui Dortmund mewakili kualiti dan mungkin boleh bangkit pada aksi kedua apabila beraksi selaku tuan rumah minggu depan.

“Kita berjaya pamerkan momentum cemerlang pada separuh masa pertama apabila menjaringkan dua gol.

“Namun, situasi berbeza pada babak kedua dan saya jangka mereka akan memberikan tekanan yang sama ketika bermain di gelanggang keramat mereka nanti.

“Apa yang penting, kami perlu bebas daripada kecederaan dan bersedia daripada segi mental dan fizikal” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI