fbpx

Neelofa kongsi wajah ‘blur’ Abbas, netizen teruja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USAHAWAN sensasi, Neelofa belum bersedia dedahkan wajah anak keduanya, Abbas kepada umum.

PETALING JAYA – Walau dikaburkan, tindakan usahawan selebriti Neelofa berkongsi wajah anak bongsunya, Abdullah Abbas selepas berusia sembilan bulan membuatkan netizen teruja.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 35, berkongsi foto sekeluarga termasuk bersama putera sulungnya, Muhammad Bilal pada 1 Syawal, semalam.

“Selamat hari raya semua! Semoga hati kita semua sepenuh pinggan kita,” tulisnya di kapsyen.

Dalam hantaran sama, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz itu tidak lupa mencatatkan perjalanan transisi mereka sepanjang tiga tahun.

“21 hingga 24,” tulisnya ringkas mengenai tahun mereka membina rumah tangga.

Sedondon mengenakan pakaian raya serba merah jambu, Neelofa turut menutup muka Muhammad Bilal biarpun wajah permata hati sulungnya itu sudah didedahkan sekitar Oktober 2022.

Walaupun ramai meninggalkan komen positif, masih ada sebilangan netizen yang melayangkan sindiran kerana kurang senang pasangan terbabit menyorokkan anak bongsu mereka.

“Terpaling comel anak-anak beliau sampai terpaksa blur (kaburkan),” luah seorang netizen.

“Kenapa tak lap kamera?,” tanya seorang pengikut laman Instagram lain.

Neelofa dan Harris yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 mengambil pendekatan tidak mendedahkan wajah anak sejak kelahiran putera sulung mereka.

Begitupun, selepas Bilal berusia lapan bulan, mereka memperkenalkan bayi comel itu kepada umum menerusi perkongsian gambar dalam Instagram.

Perkara tersebut membuatkan orang ramai percaya wajah Abbas juga dijangka diperkenalkan sebelum usianya setahun, namun tempoh tersebut sudah berlalu kerana kini anak keduanya itu sudah melebihi umur setahun.

Muka Abbas hanya didedahkan secara ‘sipi-sipi’ ketika mengumumkan nama si kecil itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI