fbpx

Durian Singapura dan durian, betik Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Infografik yang dikongsikan oleh Asian SEA Story di laman Facebook.

PETALING JAYA – Orang ramai terkejut setelah mendapati buah durian disenarai sebagai buah kebangsaan bagi tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Menurut hantaran yang dikongsi di laman Facebook Asian SEA Story, selain durian, buah betik turut tersenarai sebagai buah kebangsaan.

Dalam ruangan komen, ramai yang berbangga dengan buah durian serta betik keluaran Malaysia yang dikatakan lebih berkualiti dan sedap jika hendak dibandingkan dengan negara lain.

“Saya sudah rasa durian dari ketiga-tiga negara. Durian Malaysia paling sedap dan berkrim,” kata Nazri.

“Zaman dulu, ada satu jenis buah betik yang hanya dihidang di hotel lima bintang. Baru sekarang buah betik boleh dimakan oleh semua orang,” kata Hassan.

“Walaupun buah durian kita popular, buah betik masih lagi buah kebangsaan. Dua-duanya sedap,” kata Roy.

Bagaimanapun, infografik tersebut turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen, lebih-lebih lagi mengenai ketepatan informasi yang dikongsikan.

Menurut Hashim, tidak mungkin durian boleh tersenarai sebagai buah kebangsaan Singapura kerana negara tersebut mengimport durian dari Malaysia.

“Kat mana ada dusun durian di Singapura tu,” tanyanya.

“Ada durian ke di Singapura? Baru tahu, ingatkan import dari Malaysia,” kata seorang lagi pengguna.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 13,400 tanda suka dan 3,700 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI