fbpx

Kedah, P.Pinang dijangka hujan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di seluruh negara petang ini.

Menurut kenyataan di laman Facebook, ramalan tersebut sah sehingga pukul 5 petang.

Di utara semenanjung, cuaca buruk dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah meliputi daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala, cuaca sama turut diramal berlaku di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

“MetMalaysia juga meramal cuaca buruk di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hili Perak, Batang Padang dan Muallim, Perak,” katanya.

Di pantai timur, hujan lebat dijangka melanda Jeli dan Gua Musang, Kelantan serta beberapa daerah di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

“Cuaca buruk juga diramal di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, Selangor serta di Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan.

“Hujan dijangka melanda seluruh negeri Melaka dan Johor, petang ini,” katanya.

Sementara itu, amaran hujan lebat dan angin kencang turut dikeluarkan di Sarawak terutamanya di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI