fbpx

Kelantan rakam penghargaan terima wang ihsan RM58.6 juta daripada Kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan -FOTO MEDIA SOSIAL

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan selepas menerima wang ihsan sebanyak RM58.6 juta pada minggu lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri berharap penyaluran wang tersebut dapat diteruskan pembayaran secara berjadual berdasarkan prinsip dan semangat persekutuan.

Menurutnya, Kelantan sentiasa telus dalam melaksanakan sebarang peruntukan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Kerajaan negeri Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di atas penyaluran wang ihsan sebanyak RM58.6 juta pada minggu lalu.

“Wang ihsan merupakan satu bentuk terimaan yang sememangnya diperuntukkan dalam Belanjawan Negeri. Semua terimaan dan perbelanjaan yang terdapat dalam belanjawan diaudit oleh Jabatan Audit Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Nassaruddin memberitahu, pada kesempatan ini, beliau yang mewakili saf kepimpinan kerajaan negeri mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lepas bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, selain itu, bayaran RM103.1 juta diberikan kepada kerajaan Terengganu untuk obligasi kerajaan negeri kepada kontraktornya.

Bayaran itu diberikan kepada kerajaan Terengganu untuk obligasi kerajaan negeri kepada kontraktornya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI