fbpx

Hujan lebat di Pantai Timur, gelombang haba landa utara Semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di beberapa kawasan di Pantai Timur, pagi ini.

Menurut MetMalaysia, hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu serta Pahang dan bakal berlarutan sehingga tengah hari.

“Selepas itu, kelompok awan dijangka akan bergerak ke bahagian tengah Semenanjung pada waktu petang,” katanya.

Sementara itu, cuaca baik diramal di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sabah dan Sarawak sehingga petang.

Dalam pada itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran gelombang haba di lima kawasan di Semenanjung melibatkan negeri Perlis, Kedah (Padang Terap), Kelantan (Gua Musang,) serta Pahang (Maran dan Raub).

“Kawasan ini akan mengalami suhu maksimum antara 37 hingga 40 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut,” katanya.

Pada masa sama, status cuaca panas di kebanyakan daerah di Kedah, Timur Laut dan Seberang Perai Utara (Pulau Pinang), utara Perak serta di Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah (Kelantan) pula dalam keadaan berjaga-jaga.

“Cuaca sama turut diramai di sekitar daerah Besut dan Dungun, Terengganu serta beberapa daerah di Pahang. Kawasan ini bakal mengalami suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar, tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka dan minum air secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI