fbpx

[VIDEO] Dua pemandu ‘tidak tolak ansur’ dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkal layar rakaman kamera papan pemuka yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan dua pemandu memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan menerima kecaman orang ramai.

Menerusi satu rakaman kamera papan pemuka, kejadian berlaku melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Proton Waja dan sebuah Honda City.

Dalam rakaman tersebut dilihat Proton Waja berkenaan memasuki lorong kanan secara mengejut menyebabkan Honda City itu bertindak mengikut kereta itu dengan rapat sebagai tanda provokasi.

Kedua-dua kenderaan berkenaan dirakam saling potong-memotong dan mengikut kereta antara satu sama lain dengan sangat rapat.

Proton Waja berkenaan kemudian bertindak luar jangkaan dengan menghimpit kenderaan Honda City sebelum pemandu kereta itu melakukan perkara sama.

Tindakan berkenaan kemudian menyebabkan Proton Waja tersebut hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan raya tersebut.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku dan bagaimana keadaan pemandu kenderaan tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan dua pemandu tersebut yang turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Ramai saja yang jenis bawa kereta macam Waja itu. Dia bukan fikir pun orang belakang macam mana yang penting dia lepas untuk memotong. Bila orang balas dekat dia tahu pula melantun. Kesudahannya ‘total lost’ terus,” kata Que.

“Saya selalu berharap yang jenis tak sabar atas jalan raya ini bertemu sesama mereka. Sebab memang kena buku bertemu ruas baru ada kesedaran,” kata Black.

“Dalam bulan Ramadan inilah kita boleh nilai tahap kesabaran diri kita ini macam mana. Sebab dalam bulan ini kita hanya berlawan dengan nafsu diri kita saja. Apa-apa pun semoga urusan dipermudahkan,” kata Najah.

“Kalau aku mungkin sakit hati juga tapi berakhir dengan aku bebel seorang diri dalam kereta. Tak kuasalah nak cari gaduh, prinsip aku kau nak gila kau gila seorang. Nak potong, silakan tak hadap aku nak bahayakan nyawa,” kata Daus.

Sehingga kini video berkenaan telah ditonton lebih 400,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI