fbpx

Syasya undur diri daripada Dolla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYASYA memutuskan meninggalkan Dolla atas sebab peribadi.

PETALING JAYA – Selepas lama tidak muncul bersama, syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengumumkan salah seorang ahli Dolla, Syasya menarik diri daripada kumpulan tersebut hari ini.

Menurut Universal dalam satu kenyataan memberitahu penarikan diri Syasya, 24, itu adalah atas sebab peribadi yang tidak dimaklumkan secara terperinci.

“Kami ingin mengumumkan bahawa salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.

“Walaupun berat hati untuk menerima keputusan Syasya, pihak kami tetap menghormati pendiriannya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik untuknya,” katanya.

Tambahnya, tiga lagi ahli kumpulan iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan akan meneruskan perjuangan Dolla.

“Kami tetap komited untuk menyokong tiga lagi ahli kumpulan Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby dalam meneruskan perjuangan seni buat peminat di dalam dan luar negara.

“Pihak kami telah pun membuat pelbagai perancangan untuk memastikan Dolla menempa nama di persada muzik Asia Tenggara dan tetap akan meneruskan perancangan tersebut.

“Kami juga amat menghargai segala sokongan yang telah diterimaDolla selama empat tahun sejak kemunculan mereka selain berharap peminat dan pihak media akan terus memberi sokongan penuh terhadap kerjaya mereka,” ujar kenyataan itu.

Untuk rekod, Dolla ditubuhkan pada April 2019 selepas Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya digabungkan menerusi sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI